Ticker
Initializing...

VSomebody Kembali Untuk Gegarkan Vemma Malaysia !

Author: Din Beramboi - Category: Aktiviti VSomebody Group, Uncategorized - Date published: October 6, 2009

Assalamulaiakum dan salam sejahtera…

Hari ini, hari Rabu 6 Okt 2009. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya kepada anda semua. Masih di bulan Syawal kan… :D Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua.

Wahh..lama betul saya tidak update blog ini dan agak lama juga saya tidak online bersama ahli-ahli group Vemma saya, VSomebody. Hampir 2 minggu. Saya ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan dan sekarang, saya baru sahaja kembali ke Klang (untuk pengetahuan anda, saya sudah berpindah ke Klang dari Shah Alam sebelum ini) untuk meneruskan Bisnes Vemma saya.

Apa masalah yang membuatkan saya tak dapat online sejak akhir-akhir ini? – kereta kesayangan saya buat hal. Mungkin post pada kali ini, banyak yang saya ceritakan berkaitan hal peribadi saya.

Dua hari sebelum raya, saya sudahpun balik kampung. Kampung saya di Rantau Panjang, Kelantan. Ada masa boleh datang ok… :D Masa balik tu, kereta masih normal. Seperti biasa juga, setiap kereta  saya akan potong. Tetapi ada juga yang lebih laju daripada saya.. hehe. Sampai di Gua Musang, sempat bergambar kejap masa berhenti di Masjid Gua Musang. :D

vemma-malaysia

vemma-car

Saya sampai ke kampung dengan selamat. Masa beraya pun kereta masih tak buat hal. Pada hari raya ke-6, saya bersama keluarga bertolak ke Negeri Sembilan kerana ada hal penting. Sampai jer di Gua Musang, kereta saya over heat. Adusss…Nasib baik tak meletup. :D

Masa tu baru jam 5PM. Saya hubungi sepupu saya (saya ada sepupu yang tinggal di Gua Musang) dan pukul 11.30 PM baru dia sampai. Katanya, kereta dia rosak di tepi jalan juga..ampehh.. Kereta saya tu, kami tunda dulu ke rumah sepupu. Nak cari bengkel sekarang, semuanya dah tutup.

Kami perlu sampai juga ke Negeri Sembilan pada esok hari. Kami cari kereta sewa dan berjaya…pukul 12 malam baru bertolak ke sana.

Hari Sabtu di Negeri Sembilan, hari Ahad kami ke Pahang pula (Temerloh) untuk beraya di rumah mak saudara. Hari Isnin, sampai kembali ke Gua Musang untuk bawa kereta ke bengkel. Bengkel kata kereta saya boleh siap pada hari Jumaat. Selepas hantar kereta ke bengkel (bengkel di Kuala Krai), saya cari tiket bas untuk balik Shah Alam (masa tu masih tinggal di Shah Alam) tapi tiket bas habis. Saya beli tiket pada hari Selasa dan naik bas pada malamnya. Sampai di Shah Alam pada pagi Rabu. Penat seyy…

Pada hari Rabu dan Khamis, saya masih tak dapat online kerana sibuk dengan urusan nak pindah rumah. Sibuk angkat barang dan sebagainya. Pada hari Khamis, saya dihubungi tuan punya bengkel menyatakan kereta saya boleh siap pada hari Jumaat. Wahh..hati dah seronot. :D

Pada malam Jumaat, saya naik bas ke Kuala Krai. Hari Sabtu saya sampai ke sana dan kereta saya belum siap. Rupa-rupanya tuan punya bengkel ke Negeri Sembilan sempena penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang. Dia memang penyokong fanatik PAS. Hermm..Bila hubungi dia, dia kata boleh siap pada hari Isnin pula. sedih den.. Sementara menunggu kereta yang belum siap, saya tinggal di rumah kakak saya di Kuala Krai. Nasib baik ada kakak..

Semalam, (Isnin) kereta saya betul-betul sudah siap. Saya ambil di bengkel jam 1PM dan di charge sebanyak RM834. Jam 3PM saya bertolak ke Klang dan malam tadi, jam 10.30PM saya baru sampai di sini. Alhamdulillah sampai dengan selamat. :D

Total cuti/ tak online = Sebelum raya 2 hari, cuti raya 6 hari, Negeri Sembilan 1 hari, Pahang 1 hari, pindah rumah 3 hari, tunggu kereta siap 4 hari.

Total cuti/ tak online = 17 hari

Maafkan saya jika sepanjang tempoh itu, anda ada menghubungi saya melalui email. Saya tidak dapat reply email anda. Sekarang, saya akan mula membantu anda kembali… :D


Readers have left 20 Comments. Join them!

  1. Sahrul Hasmad said:

    Emm overheat cam keta abg gak ari 2..Burn RM850 tukar radiator baru (bocor) & repair gasket yg bengkok. Aik macam berpakat jer kete rosak dgn sepupu tuh…

    p/s : Apa ‘urusan penting’ kat Negeri Sembilan tuh? Citer ler & letak gambar2 skali..he.he.he…

    [Reply]

  2. Din Beramboi said:
    Emm overheat cam keta abg gak ari 2..Burn RM850 tukar radiator baru (bocor) & repair gasket yg bengkok. Aik macam berpakat jer kete rosak dgn sepupu tuh…

    Ermm..sama la kita. hehe. Kena tukarr gasket. Tukar radiator lebih besar (convert Honda Accord). Nasib baik head tak rosak..kalau tak, melayang jugak RM1000..hehe.

    p/s : Apa ‘urusan penting’ kat Negeri Sembilan tuh? Citer ler & letak gambar2 skali..he.he.he…

    Hahaha..nanti k. jeng jeng jeng… :D :D :D

    [Reply]

  3. kak Noraini said:

    salam aidilfitri Din,
    kesian kat keta din tu, kak noraini dah lama tak contact setelah jumpa din dan husna di burger king dulu, a few month ago. emmm tringin sangat nak join vemma ni, tapi kalu boleh nak join untimate lah!!! kumpul duitlah ni. nanti bila dah ok, nanti kni contact you all lah.
    kak noraini pun balik kelantan gak, bachok. 12 jam baru sampai. letih gilerrr. jam teruk kat baling dan raub. bilalah nak ada highway ke klate. emmm the best way, naik flight lah….. tak cukup keta pulak kat sana.
    rasanya cuti sekolah ni bolehlah kak noraini aktif, kalu join vemma. masa yg sesuai tu.
    doakan kak noraini pun boleh join vemma, hahha. kirim salam kat husna. kak noraini rasa segan nak email dia, sebab tak ready lagi.

    [Reply]

  4. Din Beramboi said:
    salam aidilfitri Din,
    kesian kat keta din tu, kak noraini dah lama tak contact setelah jumpa din dan husna di burger king dulu, a few month ago. emmm tringin sangat nak join vemma ni, tapi kalu boleh nak join untimate lah!!! kumpul duitlah ni. nanti bila dah ok, nanti kni contact you all lah.

    Slm aidilfitri kak noraini… :D
    Ya, join Ultimate terus lah…yg terbaik. hehe.. Ermm, ms raya aritu mmg jem. Jem sepanjang jalan. lagi2 saya balik 2 hari nak raya..huhu. Ok, gud lark utk kak noraini. Takpe, Husna ok jer tu.. :D

    [Reply]

  5. M.Sadik said:

    salam aidilfitri boss..
    teringat kereta iswaraku overheat dulu.. kejadian berlaku tahun 2002 konon nk minang anak dara org dgn kereta baru..beli iswara kaler hijau.. baru pakai seminggu berlaku kejadian yg tak disangka.. iswaraku yg baru dan indah tu tetibe je overheat betul2 3 hari sebelum hari kawinku huhuuu.. last2 aku kawin naik kereta sewa yg buruk giler..nasib baek x-gefren aku tu sempoi jer..kerna cinta sanggup terima aku seadanya wlpn dtg minang dgn kereta buruk jer… :D

    [Reply]

  6. Husna said:
    rasanya cuti sekolah ni bolehlah kak noraini aktif, kalu join vemma. masa yg sesuai tu.
    doakan kak noraini pun boleh join vemma, hahha. kirim salam kat husna. kak noraini rasa segan nak email dia, sebab tak ready lagi.

    kak anie..sy ok jer..ada jugak ingt2 kat akak.lately ni slalu gak ke damansara.teringat akak bila pi sn.nnti PM sy if dah ready nak upgred ultimate yer..hehe

    [Reply]

  7. Din Beramboi said:
    salam aidilfitri boss..
    teringat kereta iswaraku overheat dulu.. kejadian berlaku tahun 2002 konon nk minang anak dara org dgn kereta baru..beli iswara kaler hijau.. baru pakai seminggu berlaku kejadian yg tak disangka.. iswaraku yg baru dan indah tu tetibe je overheat betul2 3 hari sebelum hari kawinku huhuuu.. last2 aku kawin naik kereta sewa yg buruk giler..nasib baek x-gefren aku tu sempoi jer..kerna cinta sanggup terima aku seadanya wlpn dtg minang dgn kereta buruk jer…

    Slm aidilfitri boss…hehe..Ooh, kereta baru pun overheat jugak ya? Hemm… Takpe boss, itu namanya cubaan dan cabaran. DIA nak tahu boss betul2 sygkan awek tu tak..hehe. Klu syg, mesti usahakan jgk utk sampai yer…hehe.

    Dulu x-girlfren, skang dah jd bini la yer? :D

    [Reply]

  8. Agen Promosi said:

    Salam.

    Saya tengok leader-leader Vemma dah milik kereta mewah. Kenapa beli kereta macam tu? Elok beli kereta mewah, baru hensem. Hehe.

    [Reply]

  9. Din Beramboi said:
    Salam.
    Saya tengok leader-leader Vemma dah milik kereta mewah. Kenapa beli kereta macam tu? Elok beli kereta mewah, baru hensem. Hehe.

    Wslm…
    Hehe..saya bersyukur dgn apa yang saya perolehi sekarang. Lagipun kereta itu saya beli setelah 4 bulan menyertai Vemma. Setahu saya, belum ada leader yg boleh beli kereta drpd duit Vemma 100% dlm ms 4 bulan seperti saya. :D

    Lagipun sy mmg minat dgn kereta Honda. Saya idamkan kereta Honda EK sejak masa belajar lagi. Ini adalah 1st car saya..So, eloklah beli yg biasa dulu. Insya-Allah dlm ms setahun atau 2 tahun lagi, sy akan dptkan Honda Type R pula. :D

    [Reply]

  10. Farah said:

    sy sgt2 b’minat nak buat bisnes online..disebabkan faktor mase saya yg boleh dikatakan 98% bekerje di depan pc (di office) secare rilex (workload tak banyak), serta di rumah sambil menjage anak saya melayan game,blog, FB and youtube..
    dah lame sy mncari bisnes online ape yg perlu dibuat utk tambah income dan Vemma sgt membuka minda & menarik minat saye..

    Rasenye utk start membeli Ultimate xde masalah buat saye (cume xde kredit kard) :P
    cume saye agak fobia..
    dulu sy penah jalankan 1 MLM secara konvesional..yg mane sy habiskan beribu2 ringgit beli produk,, then kena jumpe prospek2 yg majoriti tak berminat :(
    fyi saye ni pemalu & x pandai bercakap.. harapkan upline yg selalu menemani saye stiap kali jumpe prospek.
    duit sy bukan saje habis kat produk bg aktifkan akaun, tp jugak kat petrol & duit makan..serik sangat kalau ingat..
    sbb tu saye takut..

    lagi 1, utk saudara Zainuddin sndri, ade problem tak untuk menjual produk 15 botol pada awal membeli Ultimate..

    [Reply]

  11. Sahrul Hasmad said:

    Agen Promosi, Din 2 tgh kumpul duit for somthing BIGGER dari kereta MEWAH buat masa sekarang…TAK GITU DIN?? he..he.he. Anyhow cam kata Din, dah mampu bkereta (tanpa gaji tetap & just biz Vemma lagik)dh kira MEWAH, sbb ramai yg tak mampu pakai kete pun…alhamdulillah.

    Farah..kalau you jenis tak pandai menjual, pemalu etc (macam saya..he.he.he) Vemma mmg THE RIGHT CHOICE 4 U. Just go for ULTIMATE !! (Din kena bagi komisen nie..he.he.he..)

    p/s : Kalau aku ler jadi Ms ‘S’, aku dah mintak cincin biar DIAMOND yg besar2..sbb dah DIAMOND leader kan..ha..ha…ha.. Syukur alhamdulillah..

    [Reply]

  12. Farah said:

    salam,
    pakej ultimate 15 botol tu mcamane,, jual thru internet jugak ke??

    [Reply]

  13. Din Beramboi said:
    Agen Promosi, Din 2 tgh kumpul duit for somthing BIGGER dari kereta MEWAH buat masa sekarang…TAK GITU DIN?? he..he.he. Anyhow cam kata Din, dah mampu bkereta (tanpa gaji tetap & just biz Vemma lagik)dh kira MEWAH, sbb ramai yg tak mampu pakai kete pun…alhamdulillah.

    Hehe..ya, alhamdulillah.. :) Ermmm, “something BIGGER” yer? psstt… :)

    Ermm..kalau xde mslh pada kete tu, may be Ms ‘S’ da dapat diamond besar kot. hehe..Takpe rileks dulu. Jari dia kecik jer..xleh pakai diamond besar2. :D

    [Reply]

  14. Din Beramboi said:
    salam,
    pakej ultimate 15 botol tu mcamane,, jual thru internet jugak ke??

    Produk tu tak perlu jual…Kita gunakan sendiri untuk diri dan family. Kalau nak jual pun boleh..yes, thru online. :D

    [Reply]

  15. Farah said:

    salam din,,nnti leh x saya call.. dr few days back nk call tp takut ;p
    sy nak invest produk ultimate cume mcm sy ckp ,, sy fobia sbb thn 2005 dulu penah invest lebih 5ribu utk bisnes MLM (malas nak ckp mlm ape) and end up rugi sbb x dpt downline & x reti nk convince sape2 :(

    [Reply]

  16. Sahrul Hasmad said:

    Din sori ek sy tumpang blog Din sbb blog sy still lum hebat sbb ‘org’ tuh sibuk berEHEM2.ha.ha.ha..

    Farah..mostly MLM tak menipu actually. Tapi sometime kita tak nak belajar marketing sys dia camner & adakah ianya sesuai dgn kita & adakah kita leh/mampu jalankan. Tapi what can I say Vemma in almost ramai yg boleh buat sbb kita boleh buat OFFLINE or ONLINE or BOTH! Up to us. Ish banyak ler kelebihan Vemma nie kalau nak cite sini karang Din lak banned sy nnt..he.he.he..

    p/s :
    - Din ‘komisen’ jgn lupa…he.he.he..
    - Nanti wedding kena compesnaste semula pasal kes DIAMOND diatas tuh..he.he.he..

    [Reply]

  17. Din Beramboi said:
    salam din,,nnti leh x saya call.. dr few days back nk call tp takut ;p
    sy nak invest produk ultimate cume mcm sy ckp ,, sy fobia sbb thn 2005 dulu penah invest lebih 5ribu utk bisnes MLM (malas nak ckp mlm ape) and end up rugi sbb x dpt downline & x reti nk convince sape2

    Wslm…Boleh jer, xde mslh. Hubungi saya di 0136298024. Yg lepas tu perlu di fikirkan lagi. Jgn fobia lak..hehe. Sb kita xtau rezeki kita di mana. Saya juga pernah join MLM pd tahun 2005 dgn membayar RM2000. Nama MLM tu LxxxR. hehe.. Saya tak bjaya juga dan hari ini saya buat lagi MLM iaitu Vemma kerana kelebihannya. :D

    So, jgn fikirkan gagal semata-mata. Anda takut gagal, anda akan gagal !

    [Reply]

  18. Din Beramboi said:
    Din sori ek sy tumpang blog Din sbb blog sy still lum hebat sbb ‘org’ tuh sibuk berEHEM2.ha.ha.ha..

    Ok, xde mslh..nak tulis komen pjg2 pun boleh..hehe. Wahh, sape tu tgh berEHEM2 tu..kekeke. Saya dah tau sape… :D

    [Reply]

  19. Muhsin said:

    Makluman untuk saudari Farah, jangan takut join Vemma. Vemma memang betul2 boleh buat duit. Setiap bulan at least carik dua orang downline. Lepas tu saudari Farah beli pakej Ultimate supaya dalam masa 6 bulan boleh tumpu pada marketing. Masuk bulan ke 7 baru kena maintain belian sebanyak RM350 tiap2 bulan. Untuk makluman Farah, setiap bulan kena ada 2 downline supaya caj website vemmabuilder sebanyak RM70 dapat waiver. Untuk marketing pulak, Farah kena la keluar duit sikit, adatlah bisnes. Takkan nak semua percuma. Idea marketing melalui adwords, email spam dan offline marketing. Buat banner atau pamplet. Sekian secara ringkas mengenai bisnes Vemma. Harap idea marketing saya dapat membantu farah berjaya dalam vemma.

    [Reply]

  20. Din Beramboi said:
    MUntuk makluman Farah, setiap bulan kena ada 2 downline supaya caj website vemmabuilder sebanyak RM70 dapat waiver.

    Farah, apa yg Muhsin tulis tu adalah betul…cuma ada sedikit kesilapan. Setiap bulan perlu menaja paling min 5 org utk layak dapat FREE website pd bulan seterusnya.

    Harap membantu~~ :D

    [Reply]

Baca Sebelum Memberi KOMEN

Pastikan anda mengikut segala prosedur:

  • Gunakan Nama Sebenar
  • Tidak meletakkan link di dalam komen
  • Tidak menggunakan perkataan lucah
  • Tidak mempromosi bisnes lain

Komen yang tidak mengikut presedur akan di delate atau di tanda sebagai SPAM.

 

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word