Salam sejahtera,

Anda tahu apa itu closing? Closing bermaksud, bagaimana anda menukarkan Pre Enrollees kepada Brand Partner/Paid Member.

Ramai daripada kita yang berjaya dapat ramai Pre Enrollees, tapi tak ramai yang jadi Brand Partner. Ada juga yang tak ramai dapat Pre Enrollees, tapi berjaya dapat ramai Paid Member.

Contoh mudah:

Si A dapat 100 orang Pre Enrollees, hanya 3 orang yang Upgred.

Si B dapat 20 orang Pre Enrollees, tapi 6 orang telah upgred.

Kenapa ini berlaku?

Kerana teknik closing !


Ada beberapa faktor. Dari pengalaman saya menjalankan bisnes internet selama ini, inilah alasan atau penyebab yang membuat orang belum membeli suatu produk/ belum upgred kepada Brand Partner.

1. Mereka tidak nampak dengan jelas manfaat dan kelebihan mereka join Vemma.


Untuk itu, anda harus sampaikan dengan jelas apa manfaat yang mereka akan dapat jika menyertai anda.

Jawab apa yang mereka tanya. Jika mereka bertanya tentang produk, ceritakan berkenaan produk dengan jelas sejelasnya.

Contoh jawapan yang FAIL : “ Produk saya bagus untuk awet muda.”

Contoh jawapan yang CLOSING : “ Produk saya bagus untuk awet muda, menjadikan anda kelihatan lebih muda dan berseri. Saya pasti ramai orang akan tercengang melihat perubahan pada diri anda. Banyak lagi khasiatnya, antaranya…blab la bla “

Jika mereka bertanya mengenai system atau peluang, ceritakan tentang kelebihan system dan peluang.

2. Mereka tidak percaya anda.


Di internet, orang tidak boleh melihat kita secara live. Jadi, mereka kurang yakin dengan anda. Tambahan pula di internet, pelbagai program skim cepat kaya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Bagaimana anda boleh yakinkan mereka?


Inilah gunanya social network. Saya gunakan Facebook. Minta mereka add anda di facebook dan di sini, mereka boleh melihat foto-foto anda. Mereka akan yakin, anda benar-benar wujud.

Jika anda ada blog, satu advantage untuk anda. Ini menunjukkan anda serius membuat bisnes dan mereka boleh membaca celoteh anda di blog setiap hari. Selalu update blog ya.

3. Mereka masih ragu-ragu…


Jangan risau, kerana mereka-mereka yang berada di atas pagar biasanya masih boleh di tukar kepada Brand Partner. Teruskan memberi penerangan demi penerangan sehingga mereka berkata, STOP ! atau mereka Upgred.

Bayangkan…di sebuah pasar raya. Tidak semua orang yang datang, akan membeli. Ada yang mundar mandir, ke hulu ke hilir dan last minute sebelum pintu pasaraya di tutup barulah membeli.

Ada juga yang pada mulanya, nak beli sikit barang saja…kemudian selepas di beri penerangan oleh promoter pasaraya, terus beli sedozen. Itulah yang berlaku di Vemma, pada mulanya nak join Single pack, bila di beri penerangan lebih lanjut, terus Ultimate.

P/s – Jika anda mahukan artikel ini dan memasukkan ke blog anda, sila berikan credit dengan meletakkan link ke blog dinberamboi.com


Filed under: Cara Upgred MemberTips Kejayaan

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!