Jemaah Tabligh Perlu Membela Diri
Salam…
Kali ini kita berbincang sesuatu di luar bidang bisnes pulak yer. hehe. Asyik bisnes ajer…Tadi saya ada masuk forum WC dan di sana sedang hangat perbincangan tentang berita hangat sekarang iaitu tentang Jemaah Tabligh kahwin budak bawah umur tu.
Jom baca apa yang diorang cakap tentang Jamaah Tabligh ni.
========
Musz : Semenjak kes gadis berumur 11 tahun dikahwinkan dgn slh seorang jemaah tabligh ala-ala cowboy..kredebiliti jemaah tabligh tercalar…di harap ketua jemaah tabligh tersebut membela diri melalui media massa….pendapat saya jemaah tabligh menyumbang banyak jasa kepada islam terutamanya di negeri sabah…berapa ramai orang islam yang terkapai-kapai dgn islam akkhirnya melalui pendekatan tabligh org tersebut jd setia kepada masjid..
abgsabah : memang x dinafikan tabligh ni banyak berjasa. mcm bro musz ckp, keaktifan mereka “bergerak” tu yg diperlukan. sy rasa klau nak harap org2dari jab agama mgkn susah sikit. selain dari kerja lain yg ada, mereka hadapi masalah perhubungan dan masa.
tp psl kes khwin budak kecik tu, sy rasa itu hanya kes terpencil kot, rasa2 bkn semua jemaah bersetuju…
xbest : saya kagum dgn semangat jemaah tabligh, walaupun serba kekurangan namun perjuangan menegakkan islam tetap kukuh. ziarah rumah ke rumah sambil pesan memesan sesama islam… memang kagum dgn jemaah tabligh ni..
musz: Rasanya abgsbh lebih tahu pkebamgan tabligh di negeri sabah..jemaah tabligh mengorbankan wang, masa, tenaga dan sebagainya utk kpentingan agama….jgn ada yg fitnah jemaah ini…
abgsabah : biasa la… sy rasa ramai yg pandang serong pd jemaah ni. tp sebenarnya mereka turut dianggotai oleh golongan2 profesional…
tp apa2 pun kehadiran mereka ini masih diperlukan…
Interfada : gerakan mereka mmg bagus tapi pendekatan mereka tu yg x berapa disenangi org…
imabiz : memang betul tue… jgn tak tak percaya… kalau dorang pakai mcm tue sempoi jer… dorang tue sebenar2 dari golongan elit2 tue… mase bekerja mereka nampak smart… tapi mase melakukan dakwah.. mereka kelihatan sama sahaja…
flexiboy : saya sokong dengan pendapat pembuka thread ini. kebanyakan org sekarang ini memandang serong terhadap jemaah tabligh.
Saya sendiri dibesarkan oleh seorg jemaah. Jd saya tahu akan perjuangan yang diperjuangkan.
mfaiz : Salam’alaik…
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga…
musz : betul…jawatankuasa dalam jemaah tersebut patut beri penjelasan di media agar orang tidak memandang serong dan mengelakkan kekeliruan org awam…
faezil : setuju dengan TT…. jemaah tabligh memberikan jasa yang bukan sedikit….
mereka tidak bersikap ‘ala.. dakwah2 ni tugas kerajaan’ kerana mereka menganggap dakwah adalah kewajipan semua umat Islam.
Mengenai pendekatan mereka, mmg lah adat manusia biasa ada kelemahan dan kelebihan. Mana ada manusia sempurna melainkan junjungan kita rasulullah s.a.w…
tapi berdasarkan pengalaman aku (pengalaman orang lain aku tak tau la..) berhadapan dengan golongan tabligh … pertama mereka tidak mengutuk pihak lain… takde la nak kutuk2 mazhab2 lain ke, Israel dan yahudi ke, parti2 politik ke…
motif mereka hanya nak berbicara mengenai kekuasaan dan kebesaran Allah dan mengajak kita melaksanakan solat jemaah.
mengenai isu kekeliruan terhadap jemaah tabligh…… mereka yang keliru tu mmg dah sedia lama terkeliru pun…..
mfaiz : tidak ada yg dapat betulkan kekeliruan mereka melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala…
pasal kekeliruan, mengenai fitnah sesat dan sbgnya, semua itu kes lama, bertahun lamanya…
“ Waqul jaa alhaqqu wazahaqa albatilu inna albatila kana zahooqa…” Al-Isra’, 81.
perkara yg membawa kebenaran, Syaitan mana suka… dia akan cuba terus menerus untuk menentang…
faezil : mungkin abang interfada ada pengalaman yang ‘tidak disenangi’ dengan jemaah kot ?
biasa la….jemaah ni manusia biasa jugak…. ada kelemahannya…
setakat ni pengalaman aku ok je…. cuma time belajar dulu, tengah syok2 mengumpat dan bergosip pasal artis, pasal aweks, tetiba muncul pulak mamat tabligh ajak berbual pasal Islam dan iman… mungkin itukah pendekatan yang ‘tidak disenangi’ itu ?
Ummi Hanie : jemaah tabligh tiada kaitan dgn kes ini .
ini kes peribadi .
arm : Betul tu bro. Kalau orang accident pakai BMW atau MERC, mestilah kita salahkan pemandunya. Takkan nak salahkan kereta, tul tak??? 
Teringat zaman masa form 3 dulu kat kampung. tgh jalan ngan kawan2 nak pi mandi sungai, tetiba nampak dari jauh lebih kurang 200m kat depan ada jemaah datang. apa lagi, semua lari masuk dalam semak. bila jemaah sampai dekat, rupanya kami dah kantoi… jemaah dah nampak, derang panggil… hahahaha!!!!
aku dengan pakai seluar pendeknya, derang tak marah pon. derang terus jer bagi tasykil soh pergi masjid.
Sama gak masa aku belajar kat jerman dulu. sorang tabligh ni dtg ziarah kat bilik aku, selalunya aku kunci pintu. bila jemaah dtg, aku buat2 senyap duduk dalam bilik… hahaha…
tapi masa tu aku lupa nak kunci pintu. terpaksa lah terima. masa tu bilik aku penuh dengan gambar2 artis bertampal2 kat dinding, aku pakai short plak tu.
tapi tabligh tu buat dek jer. derang tak tegur pon. derang just bagi tasykil je kat aku soh pergi masjid.
skang ni, aku plak merasai apa yang derang2 ni lalui dulu. dtg rumah, orang kunci pintu padahal tahu ada orang dalam rumah.
Dari jauh nampak orang semua lari bila nampak jemaah dtg. hohoho…
zak71750 : Jemaah tabligh ni bukannya persatuan atau organisasi terancang tetapi sekelompok manusia yang bergerak melakukan kerja… kerja amar ma’ruf nahi mungkar dan cuba sedaya uapaya mengikut dan menghidupkan sunnah nabi.
Jadi mana ada jawatankuasa, ketua dsb kerana ketua sebenar adalah imam mahdi…
Yang telah mencalarkan nama tabligh ini hanya menggunakan nama tersebut atas dasar nafsu. Banyak lagi kerja agama yang belum selesai… iman manusia semakin bermasalah dan kronik oleh itu kenapa mereka boleh terfikir dan ada masa nak kahwin dengan kanak2.
Ini adalah ujian terhadap kerja mulia… yang menghairankan saya kenapa harus ditekankan nama tabligh.. kerana tabligh adalah sifat nabi… oleh itu pada saya tidak perlu adakan penerangan atau minta maaf what so ever kerana kerja mulia ini tiada kena mengena dengan tindak tanduk akal pendek nafsu serakah tersebut…. wallahu’alam
faezil : ohhh…. bagus tu bro….
berdasarkan pemerhatian… apa yg jemaah tabligh ni buat, sama je mcm orang biasa buat…
cuma bezanya kandungan je…….
cthnya… jemaah ajak ke masjid, orang biasa ajak gi tengok wayang
jemaah ajak berborak pasal Islam dan Iman, orang biasa ajak borak pasal UMNO, PAS, Mawi..errr Anum (afundi anum..wwoohaa)
jemaah tinggalkan keluarga berhari2 gi dakwah, orang biasa pun ada outstation tinggalkan keluarga berhari2 atas urusan kerja (bukan takde orang yang sebulan sekali jumpa anak hanya kerana sibuk bekerja)
jemaah ketuk pintu rumah, mcm lah orang biasa tak pernah ketuk pintu rumah…. terutama yang ‘Meniaga Larut Malam’
orang semua lari bila nampak jemaah datang…. orang biasa lagi best…..tu diaaa…sanak saudara sahabat handai pun lari bila nampak orang biasa yang buat ‘Meniaga Larut Malam’
So, perbuatan yang sama tetapi jemaah kurang disenangi hanya kerana perilaku mereka tidak bersifat duniawi
Apa pendapat anda tentang isu ini? harap boleh berkongsi dan bagi pendangan di bahagian komen yer… Thanks
Filed under: Uncategorized
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!






![Validate my RSS feed [Valid RSS]](valid-rss.png)
tabligh.tu.keje.semua.orang.islam.kalau.ada.mana2.orang.islam.yang.langgar.undang2.atau.buat.keje.ikut.nafsu.atau.kahwin.ikut.nafsu.tanpa.fikir.panjang…maka.itu.salah.dia.sorang.la…takkan.nak.salahkan.orang.Islam.atau.agama.Islam.secara.keseluruhan..
media.ni.memang.laaa…..bukan.semua.wartawan.dan.editor.tu.matang.dan.dapat.melihat.sesuatu.isu.secara.meluas…ada.gak.yang.bengong.sikit…biasalah…manusialah.katakan..
(keyboard.aku.rosak.Tak.boleh.guna.spacebar..hehehhehe)
[Reply]
Btul tu bro..tu la masalah skang. Media terlalu gembar gemburkan nama “Jemaah Tabligh”. Kesian la kpd yg x bersalah. Mcm kat negara barat plak Malaysia ni. Sket jer mslh asal atas nama islam, terus cop islam.
Semoga jemaah tabligh lepas ni akan lebih dikenali ramai.
[Reply]
Haa lg 1, beli keyboard baru lah..hehe. Kesian plak xleh spacebar.
[Reply]
hujung.bulan.ni.baru.admin.office.ni.akan.order.kalau.sendiri.punya.
aku.dah.beli.dah….rm25/27jer…
Yes..media.kita.suka.sebut.nama.tabligh.tuu..DEPA.ingat.tabligh.ni.satu.golongan.
yang.terasing.dari.depa.tuuu..Itu.golongan.tabligh…itu.golongan.nelayan…
itu.golongan.profesional…itu.golongan.solat..itu.pulak.golongan.puasa…hahahah..
macam.tu.la.cara.pemikiran.mereka..sebab.tu.depa.rasa.diri.depa.sendiri.bukan.orang.tabligh.
dan.tak.terlibat.atau.kena.mengena.dgn.tabligh..satu.tanggapan.yang.sangat.salah.dan
sangat.merbahaya.kepada.ummat.islam.seluruhnya..
Tabligh.adalah.kerja.semua.orang.yang.mengaku.beriman.kpd.Allah.SWT.dan.RasulNya.
MUhammad.SAW…
[Reply]
Ya btul…sape2 yg mengaku umat Nabi, inilah kerja Nabi.
Sifat nabi ada 4: Sidik, Amanah, Tabligh dam Fathonah.
Tabligh = menyampaikan.
Semua org perlu sampaikan…ikut cara masing2.
[Reply]
ya betul tu pak din…
Dari isu yang timbul baru kita tau macam mana sebenarnya kesatuan umaat Islam..samada berpecah atau bersatu.. kalau masing2 anggap diri masing ada kumpulan dan kesatuan masing2, saling mencari salah dan memburukkan kumpulan lain..maka itulah cermin diri kita, itulah makna kita ni berpecah sebenarnya. seorang ummat Muhammad SAW mati di hujung dunia tanpa iman, seluruh ummat akan disoal di akhirat nanti. seorang Muslim tidur dalam keadaan lapar atau jahil bab agama, maka seluruh ummat Islam akan dipersoalkan juga di sana nanti.. Setiap diri kita wajib merasa bersalah bila berlaku perkara buruk terhadap saudara seIslam di mana2, kerana setiap Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.. itulah diri kita.. HAAA!!! jangan ada sesapa lagi suka menuding jari ke sana sini.. tunjukkan kepada diri sendiri dulu.. Adakah mampu kita menjawab setiap persoalan di kubur dan mahsyar nanti?? Ya Allah.. ampunilah kami.. dan bantulah kami!! Amiinn..
[Reply]
Salamz sume, Ya… Betul tu. Biasalah, nak ajak kebenaran sume akan lari. Saya waktu belajar dulu join juga jemaah ni. Ramai dari golongan professional, professor, dekan, pensyarah… Memang kalau ada event tu xkiralah apa pangkat sekalipun sume akan rasa setaraf je… Tu yg best, xdelah mcm skrg ni isu politik yg sgt membosankan.. huh~
[Reply]
apa2 yg baik dari Allah….yg buruk dari kita….mehnah@tribulasi dlm dakwah….moga misi&niat kita xbrubah…….
[Reply]
assalamualikum…sepagi sepetang keluar di jalan Allah lebih baik daripada nilai dunia serta isi2 nya(buat gasht, ziarah waktu petang),,dulu rasa malu tu tebal bila first ikut jemaah bwat gasht,,,, setiap yang kita lakukan berkali2 insyaallh masuk dalam hati dan allah akan bagi kefahaman, begitulah yang sy alami mula2,,,, alhmdulillah berkat mujahadah kita ,,,allah maha pemurah memberi hidayah n nur dalam hati
[Reply]
Bagi pendapat saya jemaah tabligh adalah diantara kumpulan yang hebat dan terbaik cara mereka mendidik umat islam menuju ke jalan yang di redha oleh ALLAH. Mereka menitik beratkan cara kehidupan nabi kita…bagus…mana kumpulan, jabatan, NGO dan yang berkaitan untuk menyebarkan islam secara mereka. Mereka menyemarakkan masjid..sembahyang berjemaah tak tinggal…
Pada pandangan saya mereka banyak perkara yang melakukan perkara yg baik…contohnya…kalau 10 perkara terbaik mereka lakukan…hanya satu (1) yang dikalangan mereka kita nampak kurang baik…contoh..pakaian busuk takkan semua jemaah lakukan semua tak bagus….hanya satu sahaja yang tak baiknya…
saya tak mampu nak berdakwah macam mereka…Allah waalam.
[Reply]
Jangan buruk jemaah…. kerana hal budak tu…ni semua hal sedikit….zaman nabi pun ada…itu tugas syaitan…bagi saya simpati kpd mereka yg terlibat..terutama keluarga kanak2 tu…KALAU KITA TAKAT IMAN KULIT BAWANG BELUM TENTU LAGI…banyak perkara yang besar kita tak nampak..berapa ramai org tak solat…islam atas nama saja..bagi saya solat itu tiang agama…sebenarnya lebih pada itu..kerana dia bukan hanya tiang..tetapi ianya telah di perintah oleh ALLAH..jangan main…perintah ALLAH…..bukan perintah sianu sianu…nabi pun ikut solat kerana perintah ALLAH..cuba kita tafsirkan org yang tak sembahyang…apa jadi pada mereka..nikmat kehidupan dll dari mana?… kadang kita fikir/kaji..itik dulu ada ke atau telur dulu ada…bagaimana dsb. Nyawa yg ada pada kita tu dah cukup bukti betapa hebatnya kehebatan allah. wasallam
[Reply]
aku setuju.aku dah ikut jemaah ni dari kecil lagi.aku tgok owg yang x semayang diowg x kta pa pon.bila kita x duduk dalam majlis ilmu.mcm2 diowg kata kt kita.
[Reply]
Jemaah tabligh ni bergerak untuk usaha atas iman dan amal mereka.Bukan untuk orang lain tp untuk dr sndri.Mereka belajar untuk tingkatkan iman dan amal mereka.Bukan iman dan amal orang lain. Untuk itu kena cakap hari2 perkara yang meningkatkan iman. Cerita tentang kebesaran Allah supaya kebesaran Allah yang masuk semasa beramal.Hari ini saya banyak cerita tentang kereta, motor, duit dan kadang2 hantu pun cerita.Semasa solat pun, perkara2 ni yang masuk dalam solat sebab byak cerita tentang perkara2 ini. Wallahualam…
[Reply]