Praktikal SEO Cara Din Beramboi : Kedutaan Malaysia Dilempar Najis, Bendera Dibakar
Author: Din Beramboi - Category: Cara Promosi, Cara Promosi Vemma, Tips SEO Blog, Uncategorized - Date published: August 31, 2010Salam sejahtera sahabat-sahabat Vemma dan semua pelawat blog ini. Selamat berpuasa.. nak raya dah kita yer.
Pada hari ini saya nak bagi tips macam mana saya SEOkan blog. Dah tau apa itu SEO kan? SEO dalam bahasa englishnya adalah SEARCH ENGIN OPTIMISATION. Kita buat SEO ni adalah supaya web kita berada di atas atau page pertama apabila ada orang membuat carian di Google.
Pada post yang lepas, yang bertajuk Kedutaan Malaysia Dilempar Najis, Bendera di Bakar ditulis 2 +1 . Untuk menzahirkan kemarahan apabila negara yang di cintai di buat sebegitu dan satu lagi, semestinya SEO.
Pada pukul 8 pagi, 24 Ogos 2010, saya mula menulis artikel itu. Dan selepas 4 jam (jam 12pm 24 ogos 2010), kedudukan blog saya berada di tangga ke-7 daripada 2,888 page di internet dengan keyword tengah panas : Kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera dibakar.
Sebelum SEO, blog saya tidak tersenarai di page pertama Google dengan carian kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera dibakar.
Selepas 4 jam, sehingga sekarang… 31 Ogos 2010, masih maintain di page pertama Google.
Macam mana saya SEOkan blog ini?
1. Cari keyword-keyword yang tengah panas, seperti sekarang ni isu dengan Indonesia. Sebelum ini saya buat artikel pasal Elizabeth Wong bogel juga dapat page pertama, isu pulau batu putih dan sebagainya.
2. Bila berita tengah panas, carian juga tentu banyak.
3. Tulis tajuk blog dengan keyword.
4. Tulis ayat pertama pada artikel dengan keyword. Kayakan artikel dengan keyword.
5. Jangan lupa BOLD kan keyword.
6. Buat backlink ke blog lain yang sudah tinggi SEOnya. Taip jer di google “kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera di bakar”. Saya buat biasanya 3 backlink. Jangan kedekut nak bagi backlink pada blog orang lain yang sudah tinggi SEOnya kerana apabila spider/robot membaca blog orang tersebut dan jumpa link kita di blog orang tersebut, spider akan masuk pula ke blog kita. Itulah sebabnya blog kita juga naik ke page pertama.
7. Saya ping blog menggunakan pingomatic.com
8. Submit blog ke social bookmark seperti digg, propeller, stumbleupon, technoraty dan mana-mana social bookmark yang tinggi PR.
Itu sahaja teknik yang saya lakukan. Apabila page kita naik ke page pertama, lebih ramai orang akan menjumpai page kita.
Nak lagi tips pengiklanan blog? boleh mendaftar di www.pendapatanmingguan.com
p/s – Banyak lagi teknik SEO yang tak dinyatakan kat sini.





Jika anda merasakan blog ini banyak membantu anda dalam memberi info, sila jadi fan blog ini dengan klik “Become a Fan”




![Validate my RSS feed [Valid RSS]](valid-rss.png)