Jom Mulakan Tahun 2011 Dengan “BANG” dan Set Matlamat
Salam sejahtera….
Seorang graduan Universiti yang baru tamat belajar berharap untuk mencari pekerjaan di kota. Sambil menjinjit resume, dia berjalan ke stesen bas. Mendekati kaunter tiket, dia meminta penjual tiket memberinya satu tiket.
“Ke mana awak nak pergi?” Tanya penjual tiket.
“Saya tak tahu,” Jawab orang muda itu. “Berikan saya tiket ke mana-mana saja.”
Penjual tiket itu tidak memberikan dia sebarang tiket.
Moral daripada cerita ini? Jika anda tidak tahu ke mana anda nak pergi, tidak ada laluan untuk membawa anda ke sana. Jika kita tidak menentukan secara tepat apa yang kita inginkan, jangan mengeluh jika anda tidak mendapat apa yang anda inginkan.
Bagaimana nak berjaya dengan sukses? Dengan menetapkan tujuan dan matllamat. Matlamat adalah permulaan untuk mencapai apapun.
Jadi bagaimana nak menetapkan jalan kita untuk menuju kejayaan yang sukses? Anggap saja seperti peta. Jika anda tahu di mana anda sekarang, jalan yang anda akan lalui, anda akan menemui tujuan terakhir anda.
Dengan adanya peta, kita tak akan sesat. Kalau sesat sekali sekala, it’s ok. Ini akan mengingatkan kita, meninjau dan menilai kembali tujuan yang hampir tersasar.
Untuk berjaya:
1. Luangkan masa setahun untuk buat bisnes dengan betul2, dan pada akhir tahun, cerminkan di mana anda berada, apa yang telah anda capai. (bukan buat sebulan dua…)
2. Tulis matlamat anda dan bawa ke mana saja anda pergi. Sentiasa melihatnya di kala anda semangat atau down.
3. Beritahu seseorang ttg matlamat anda. Sebaiknya rakan kongsi, upline dan sideline.
4. Jangan menyerah selagi tak buat setahun.
5. Kalau anda dapat apa2 anugerah, naik pangkat ke, cek Vemmabuilder ke, hadiahkan diri anda sesuatu yang bernilai yang anda boleh lihat selalu. Benda bernilai tak semestinya mahal.
6. Buat secara positif dan cool.
Tahun baru adalah saat terbaik untuk memulakannya. Kita baru bulan ke dua tahun 2011. Jom mulakan sekarang !
====
Jika anda belum mendaftar Newsletter saya, sila daftarkan email anda di sidebar blog saya. Setiap kali saya update blog ini, info akan terus ke email anda. Anda tidak akan miss sebarang info lagi.











![Validate my RSS feed [Valid RSS]](valid-rss.png)