Ticker
Initializing...

Salam sejahtera sahabat-sahabat Vemma dan semua pelawat blog ini. Selamat berpuasa.. nak raya dah kita yer. :)

Pada hari ini saya nak bagi tips macam mana saya SEOkan blog. Dah tau apa itu SEO kan? SEO dalam bahasa englishnya adalah SEARCH ENGIN OPTIMISATION. Kita buat SEO ni adalah supaya web kita berada di atas atau page pertama apabila ada orang membuat carian di Google.

Pada post yang lepas, yang bertajuk Kedutaan Malaysia Dilempar Najis, Bendera di Bakar ditulis 2 +1 . Untuk menzahirkan kemarahan apabila negara yang di cintai di buat sebegitu dan satu lagi, semestinya SEO. :)

Pada pukul 8 pagi, 24 Ogos 2010, saya mula menulis artikel itu. Dan selepas 4 jam (jam 12pm 24 ogos 2010), kedudukan blog saya berada di tangga ke-7 daripada 2,888 page di internet dengan keyword tengah panas : Kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera dibakar.

Sebelum SEO, blog saya tidak tersenarai di page pertama Google dengan carian kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera dibakar.

Selepas 4 jam, sehingga sekarang… 31 Ogos 2010, masih maintain di page pertama Google.

Macam mana saya SEOkan blog ini?

1. Cari keyword-keyword yang tengah panas, seperti sekarang ni isu dengan Indonesia. Sebelum ini saya buat artikel pasal Elizabeth Wong bogel juga dapat page pertama, isu pulau batu putih dan sebagainya.

2. Bila berita tengah panas, carian juga tentu banyak.

3. Tulis tajuk blog dengan keyword.

4. Tulis ayat pertama pada artikel dengan keyword. Kayakan artikel dengan keyword.

5. Jangan lupa BOLD kan keyword.

6. Buat backlink ke blog lain yang sudah tinggi SEOnya. Taip jer di google “kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera di bakar”. Saya buat biasanya 3 backlink. Jangan kedekut nak bagi backlink pada blog orang lain yang sudah tinggi SEOnya kerana apabila spider/robot membaca blog orang tersebut dan jumpa link kita di blog orang tersebut, spider akan masuk pula ke blog kita. Itulah sebabnya blog kita juga naik ke page pertama.

7. Saya ping blog menggunakan pingomatic.com

8. Submit blog ke social bookmark seperti digg, propeller, stumbleupon, technoraty dan mana-mana social bookmark yang tinggi PR.

Itu sahaja teknik yang saya lakukan. Apabila page kita naik ke page pertama, lebih ramai orang akan menjumpai page kita.

Nak lagi tips pengiklanan blog? boleh mendaftar di www.pendapatanmingguan.com

p/s – Banyak lagi teknik SEO yang tak dinyatakan kat sini.

Hi, salam sejahtera…

Semalam saya telah buat satu kaji selidik di Facebook, bertanyakan kepada orang ramai tentang persoalan di atas. “Pelbagaikan cara promosi” atau “fokus pada 1 atau 2 cara promosi”, mana lebih baik?

Ramai yang memberi feedback. Jom kita baca dan ambil ilmu daripada mereka ni.
fb

satu kot..

fokus pada 3 cara promosi.. try n error.. pilih mana yg paling berkesan..

pelbagaikan cara promosi

haa otai dah sampai..hehe. nape syed ikhwan ckp kena pelbagaikan cara promosi? :)

sebab prospek berada di pelbagai “penjuru”.

setuju..kena pelbagaikn cara promosi supaya boleh tau yg mana lg berkesan dan efektif..

haa..btul gak tu..org lain ada nak bahas? hehe..

kena unik cara promosi..

unik mcm mana tu? bleh terangkan? :)

Pendapat saya tergantung pada keadaan dan juga pada siapa atau orang yang bagaimana yang kita nak promosi kan
juga pada produk atau apa yang nak kita sampaikan. kita
juga harus lihat (observe) penerimaan pelangan atau potential.

ikut kaedah mancing, cuba banyak tempat sbb ikan tak dok diam. kaedahnya pasang kail & umpan (online), bila dapat siang, goreng & makan (offline). bole guna ker?

lLihat pada keberkesanan kaedah. Belum cuba belum tahu

Guna banyak peluru untuk satu target….mana tau peluru ke 10 mengena ker…kan?

Basri , bagus tu..suke konsep mancing..hehe. Org lain bleh bg idea lain? sama2 kita belajar kat sini. :)

identify medium, check budget, baru set.

ayoon : bagus gak tu..mcm2..hehe

Haa..anda ada idea lain, jom sambung perbincangan ini. Boleh beri idea anda di bahagian komen blog ini. Thanks

Cara Promosi Vemma : Kuasa Forum

Author: Din Beramboi - Category: Cara Promosi Vemma - Date published: December 9, 2009

Salam sejahtera kepada semua~~ Harap anda semua sihat walafiat selalu ok. :)

Pada masa saya menulis post kali ini, saya dan isteri (Suhaiza) baru sahaja balik dari Bisnes Preview Vemma di HQ Vemma, JayaOne.  Tetiba teringin pula nak baca blog ni, dan saya perhatikan banyak orang bertanya saya di bahagian komen pada post sebelum ini berkenaan cara promosi. “Bagaimana cara promosi Vemma?”

Sebelum ini, saya memang tak dedahkan kepada sesiapa cara promosi Vemma. Hanya khas untuk ahli VSomebody sahaja. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi dengan semua pula. Pada kali ini, saya akan ceritakan tentang cara promosi Vemma menggunakan forum. Saya mungkin ceritakan secara ringkas sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut,  ahli VSomebody Group boleh jumpa face to face dengan saya.

Cara promosi menggunakan forum adalah cara percuma. Mungkin mengambil masa yang sedikit lama. Tetapi ianya bagus untuk jangka masa panjang. Kalau nak cepat berjaya di Vemma, buatlah cara berbayar. Sambil-sambil tu boleh mula buat promosi cara forum juga slow-slow.

Cara promosi menggunakan forum lebih kepada MEMBINA KREDIBILITI. Bina kredibiliti terlebih dahulu. Banyak cara untuk membina kredibiliti contohnya dengan membantu ahli-ahli forum menyelesaikan masalah mereka, cipta penyelesaian terbaik, banyak berinteraksi dengan rakan forum, menggunakan nama glamour dan sebagainya.

Tujuan kita banyak menyelesaikan masalah orang lain dan memberikan penyelesaian terbaik adalah supaya kita di pandang tinggi oleh ahli forum lain. Tujuan kita banyak berinteraksi supaya orang kenal dan yakin pada kita. Tujuan kita menggunakan nama glamour supaya orang mudah ingat kita. Macam saya..menggunakan nama Din Beramboi..hehe. Tetapi, niat mestilah baik dan tidak menumpang populariti orang lain semata-mata.

Cara cepat untuk membina kredibilit adalah dengan menyertai forum yang kita  minat dan mempunyai pengetahuan luas tentang sesuatu perkara itu. Contohnya, kalau kita minat memancing joinlah forum memancing. Kalau minat bola, joinlah forum bola. Taip jer kat Google “forum bola”, mesti beratus atau beribu forum akan keluar.

Kenapa perlu pilih forum yang kita minat? Seperti yang saya tulis tadi, kerana apabila kita minat sesuatu perkara tentulah kita memiliki pengetahuan luas tentangnya. Jika kita join forum bola, tentu kita tahu menjawab apabila orang tanya, “siapa pemain terbaik bola sepak dunia?”, “aritu punya perlawanan bola Negeri Sembilan Vs Kelantan siapa menang erk?”, “Piala Dunia berapa tahun sekali erk?”"David Beckham dari club bola mana erk?”

Orang ni minat burger agaknya…hehe.

Faham kan maksud saya tentang membina kredibiliti?

Apabila kredibiliti kita sudah meningkat dan tinggi di kalangan ahli forum, barulah kita mula mengiklan Vemma. Letakkan iklan di bahagian signature, tulis thread baru, memberi maklumat percuma dan sebagainya.

Semasa menulis signature,tulislah dengan ayat membunuh ! Bukan suruh bunuh orang, tetapi ayat iklan kita  tu biarlah orang teruja untuk klik. Contohnya “WooW, Dapat Lagi RM4856.40 Daripada Bisnes Terhebat Ini. Klik Di Sini Untuk Mengetahuinya”.

Contoh diskusi Vemma yang saya join : Bisnes Vemma Ok ke K.O.

Bila kita berdiskusi dengan baik dan ikhlas,di samping kredibiliti kita sudah tinggi,  tiada siapa yang akan berani membetah apa yang kita terangkan. Saya bukan nak cakap besar..tetapi jika anda tak percaya, cuba klik pada link forum di atas, tiada siapa yang membetah saya. Mereka yang sebelum ini anti MLM pun, mulai percaya dan mula berdiskusi dengan baik.

Untuk mengekalkan kredibiliiti anda di forum, sila konsisten menulis di forum. Cuba luangkan 1/2 jam sehari pun dah cukup. Jangan terlalu banyak berforum nanti membuang masa. Pilih hanya 2 atau 3 forum terbaik , mempunyai ramai ahli aktif dan mempunyai ranking carian (Page Rank) tertinggi di Google. Fokus…

Jika anda amalkan dan konsisten dengan cara ini, saya PERCAYA anda takkan menyesal dan suatu hari nanti, anda akan berterima kasih kepada saya kerana info ini. :D

p/s – Forum yang aktif biasanya mencecah ribuan ahli.