Ticker
Initializing...

Cara Promosi Vemma : Kuasa Forum

Author: Din Beramboi - Category: Cara Promosi Vemma - Date published: December 9, 2009

Salam sejahtera kepada semua~~ Harap anda semua sihat walafiat selalu ok. :)

Pada masa saya menulis post kali ini, saya dan isteri (Suhaiza) baru sahaja balik dari Bisnes Preview Vemma di HQ Vemma, JayaOne.  Tetiba teringin pula nak baca blog ni, dan saya perhatikan banyak orang bertanya saya di bahagian komen pada post sebelum ini berkenaan cara promosi. “Bagaimana cara promosi Vemma?”

Sebelum ini, saya memang tak dedahkan kepada sesiapa cara promosi Vemma. Hanya khas untuk ahli VSomebody sahaja. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi dengan semua pula. Pada kali ini, saya akan ceritakan tentang cara promosi Vemma menggunakan forum. Saya mungkin ceritakan secara ringkas sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut,  ahli VSomebody Group boleh jumpa face to face dengan saya.

Cara promosi menggunakan forum adalah cara percuma. Mungkin mengambil masa yang sedikit lama. Tetapi ianya bagus untuk jangka masa panjang. Kalau nak cepat berjaya di Vemma, buatlah cara berbayar. Sambil-sambil tu boleh mula buat promosi cara forum juga slow-slow.

Cara promosi menggunakan forum lebih kepada MEMBINA KREDIBILITI. Bina kredibiliti terlebih dahulu. Banyak cara untuk membina kredibiliti contohnya dengan membantu ahli-ahli forum menyelesaikan masalah mereka, cipta penyelesaian terbaik, banyak berinteraksi dengan rakan forum, menggunakan nama glamour dan sebagainya.

Tujuan kita banyak menyelesaikan masalah orang lain dan memberikan penyelesaian terbaik adalah supaya kita di pandang tinggi oleh ahli forum lain. Tujuan kita banyak berinteraksi supaya orang kenal dan yakin pada kita. Tujuan kita menggunakan nama glamour supaya orang mudah ingat kita. Macam saya..menggunakan nama Din Beramboi..hehe. Tetapi, niat mestilah baik dan tidak menumpang populariti orang lain semata-mata.

Cara cepat untuk membina kredibilit adalah dengan menyertai forum yang kita  minat dan mempunyai pengetahuan luas tentang sesuatu perkara itu. Contohnya, kalau kita minat memancing joinlah forum memancing. Kalau minat bola, joinlah forum bola. Taip jer kat Google “forum bola”, mesti beratus atau beribu forum akan keluar.

Kenapa perlu pilih forum yang kita minat? Seperti yang saya tulis tadi, kerana apabila kita minat sesuatu perkara tentulah kita memiliki pengetahuan luas tentangnya. Jika kita join forum bola, tentu kita tahu menjawab apabila orang tanya, “siapa pemain terbaik bola sepak dunia?”, “aritu punya perlawanan bola Negeri Sembilan Vs Kelantan siapa menang erk?”, “Piala Dunia berapa tahun sekali erk?”"David Beckham dari club bola mana erk?”

Orang ni minat burger agaknya…hehe.

Faham kan maksud saya tentang membina kredibiliti?

Apabila kredibiliti kita sudah meningkat dan tinggi di kalangan ahli forum, barulah kita mula mengiklan Vemma. Letakkan iklan di bahagian signature, tulis thread baru, memberi maklumat percuma dan sebagainya.

Semasa menulis signature,tulislah dengan ayat membunuh ! Bukan suruh bunuh orang, tetapi ayat iklan kita  tu biarlah orang teruja untuk klik. Contohnya “WooW, Dapat Lagi RM4856.40 Daripada Bisnes Terhebat Ini. Klik Di Sini Untuk Mengetahuinya”.

Contoh diskusi Vemma yang saya join : Bisnes Vemma Ok ke K.O.

Bila kita berdiskusi dengan baik dan ikhlas,di samping kredibiliti kita sudah tinggi,  tiada siapa yang akan berani membetah apa yang kita terangkan. Saya bukan nak cakap besar..tetapi jika anda tak percaya, cuba klik pada link forum di atas, tiada siapa yang membetah saya. Mereka yang sebelum ini anti MLM pun, mulai percaya dan mula berdiskusi dengan baik.

Untuk mengekalkan kredibiliiti anda di forum, sila konsisten menulis di forum. Cuba luangkan 1/2 jam sehari pun dah cukup. Jangan terlalu banyak berforum nanti membuang masa. Pilih hanya 2 atau 3 forum terbaik , mempunyai ramai ahli aktif dan mempunyai ranking carian (Page Rank) tertinggi di Google. Fokus…

Jika anda amalkan dan konsisten dengan cara ini, saya PERCAYA anda takkan menyesal dan suatu hari nanti, anda akan berterima kasih kepada saya kerana info ini. :D

p/s - Forum yang aktif biasanya mencecah ribuan ahli.

  • Share/Bookmark

Readers have left 4 Comments. Join them!

  1. diaien said:

    ye… info yang berguna dan salah satu cara yang saya guna untuk menarik trfik ke web saya. cubalah, percuma kan???

  2. samdaddycool said:

    Selamat pengantin baru…

    p/s - masyuk sekarang vemma ek..

  3. zuwairiaiman said:

    menarikk.. thanks for sharing

  4. online said:

    sangat menarik, terima kasih

Baca Sebelum Memberi KOMEN

Pastikan anda mengikut segala prosedur:

  • Gunakan Nama Sebenar
  • Tidak meletakkan link di dalam komen
  • Tidak menggunakan perkataan lucah
  • Tidak mempromosi bisnes lain

Komen yang tidak mengikut presedur akan di delate atau di tanda sebagai SPAM.