Blog aku sudah nyawa-nyawa ikan…

Posted by Din Beramboi 31 March, 2008

Rupa-rupanya peristiwa 6 bulan lepas berlaku lagi ke atas blog aku. “Peristiwa apa tu Din?” - tanya seorang pelawat blog ni. :) Hehe..Peristiwa yang ditunjukkan oleh gambar kat bawah tu :

Photobucket

Hampir 10 jam blog aku tak boleh di access tadi bermula dari jam 4 petang sehingga pukul 1 pagi. Benda ni membuatkan aku berasa gembira dan sedih. Apasal plak gembira? palotak hang rasa gembira, blog xleh access pun rasa gembira ker? hehe..aku gembira kerana itu tandanya blog aku makin bertambah pengunjungnya sehingga Exceed Bandwith. Hari ni aku taknak menulis banyak, cuma nak postkan gambar shot screen jer. :) Ini adalah traffik ke blog aku pada tahun 2008.

stat

Mencapap tak? hehe..Ini pula perbandingan traffik dan penggunaan bandwidth antara bulan Feb 2008 dan Mac 2008 :

stat2

Pada bulan Feb 2008, penggunaan bandwidth untuk blog www.dinberamboi.com hanyalah 14.52 Gb tetapi pada bulan Mac 2008, penggunaan bandwidth adalah 27.7 Gb iaitu meningkat melebihi 2 kali ganda. Begitu juga dengan blog ini, pada bulan Feb hanyalah 167.03 Mb tetapi meningkat kepada 618.24Mb pada bulan Mac.

stat1

Blog lain (ditutup untuk melindungi klik fraud pada adsense - blog adsense) tidaklah sehebat blog www.dinberamboi.com … Alangkah bagusnya kalau blog2 adsense tu pun macam www.dinberamboi.com . Peeerggh, mesti gempak lagi income adsense aku. :)

 

Beberapa hari lepas, ini adalah statistik pelawat unik dan page load kat salah satu blog aku.

stat3

Hurmmm, itulah sebab aku rasa gembira. Ranking blog maikn naik dan pelawat makin bertambah sehingga ‘jalan’ nak pergi ‘rumah’ aku jadi sesak dan exceed. Yang aku sedih plak, hari ni income kurang sebab banyak blog adsense aku pakai subdomain. Produk aku juga tidak dapat di jual untuk sementara waktu itu. Huhu…tapi takpe, keadaan dah kembali ok.

 

Kalau 6 bulan lepas perkara ni berlaku sebab bandwidth aku kecik jer 3Gb..kemudian aku tukar kepada 30Gb , masalah tetap menjadi lagi. Ini membuatkan aku berfikir utk menambah bandwidth lagi..huhu. Harapnya pelawat tetap akan meningkat lagi seperti graf linear kat atas. :)

Random Posts

Categories : Panduan Domain, Panduan Hosting, Sembang-sembang Tags :

Comments
April 1, 2008

eh eh nak tanya berapa ramai yang datang melalui website saya pulak… belum lagi buat backlink banyak2 untuk blog din beramboi berkenaan servis setup blog dalam satu post khas… nak tambah backlinl lagi laa untuk din beramboi nih…hahahaa

Posted by abdfatah
April 1, 2008

ala. rilekla. baru je bandwith ilang. Aku pun perasan semalam. tak dapat masuk site ko..

Posted by titan
April 1, 2008

takper laa asalkan income terus masyuk lepas upgrade… memang popular laa tu. tambah jangan tak tambah dengan penuh gumbira dan suka hati…

masuk kali ini dah banyak kali dah kena hantar peringatan bandwith… sib baik akhir bulan… masyuk bulan baru okeh laa kejap… ahahahaa…

Posted by abdfatah
April 1, 2008

Dahsyat X10… :D

Boleh bagi sikit visitor blog ko kat blog aku? :P

Posted by emet
April 1, 2008

boleh dah tentu boleh… sila laa membuat review blog din beramboi dengan penuh kreatifnya untuk menarik ramai lagi datang berduyun ke blog beliau… atau pun membuat backlink trackbank… apa2 yang menarik laaa… hahahaha… tak gitu din???

Posted by abdfatah
April 1, 2008

wah…ko punya blog din memang arr hangat..siap bandwitch limit tu woo…ada rahsia ke nak buat cam tu???ehehehe…baik upgrade bandwitch tu bro :)

Posted by dauz
April 1, 2008

Bro…ko guna hosting apa erkk??wah…nampaknya ko kena upgrade arr hosting ko tu yea bro?? :) hoo…untuk menampung visitor yang terlalu ramai..wah…apa-apapun semoga ko maju kat ebiz… :)

Posted by dauz
April 1, 2008

TQ Abd fatah..hehe. Buat la backlink byk2. Lagi aku suka… :)

Umm, aku pun x sangka gak…dulu pakai bandwidth 3Gb mmg patut pun exceed. Tukar kpd 30Gb pun exceed gak..huhu.

Dauz, Aku pakai internet-webhosting.com. Mmg bagus support dia. Harga pun ok.. :)

Posted by Din Beramboi
April 1, 2008

Hoho…ko guna la server sendiri bukannya shared :P sebab blog ko dah hangat cam blog politik tu hehe…:P yup…internet-webhosting customer support okay gak..aku tengok pun jarang down gak server…boleh la tu :)

Posted by dauz
April 1, 2008

Ish, takpe la…biasa jer tu. Takde hangat sgt pun…lagi pun yg hangat tu blog mp3 tu. dia yg paling banyak guna bandwidth. Mungkin aku akan beli hosting baru dan separatekan blog2 aku ni dan tak bergantung pd 1 hosting jer..hehe.

Mmg x pernah down. Klu ko hantar email, x sampai setengah jam dia dah balas..mmg bagus. :)

Posted by Din Beramboi
April 1, 2008

mengikut kata mereka yang mengendalikan webhosting… selidik punya selidik memang benar laa MP3 yang makan bandwith… sebagai mana youtube punya video… kalo mp3 dan seangkatannya dengannya diblogkan secara otomatik akan makan laa banyak2 bandwith kita tu… cuba laa try test dan tengok hasilnya… gerenti dalam masa terdekat bandwith limit…

takpayah try… dah ada buktinya. maka jangan sekali2 bubuh banyak2…

Posted by abdfatah
April 1, 2008

Hoho…din netkl camtu jugak ek dier punya customer support…yang penting kita kena la rajin bertanya webhosting mana paling top tip dan reliable…Biar bayar mahal sikit asalkan kita puas hati kemudian hari nye ye… hehe…tul tu memang blog mp3 ko yang hangat kot :)

Posted by dauz
April 1, 2008

Jap2…aku nak tanya..betul ke mp3 or youtube nie makan banyak bandwitch??hehe…maklumla aku ni kan newbie..hehe…Tapi kalau youtube okay jerk aku tengok hehe :P …Investment besar tu kan ek..hehe

Posted by dauz
April 1, 2008

yang itu kena kenal pastikan dari server webhosting laa mana kawasan yang makan bandwith kita… tengok dalam senarai kawasan hijau mana yang kena banyak bandwith kat situ laa kita kena kenalpastikan mana yang terkena amaran bandwith tu… agaknya laa… try laa usha tanya penyedia webhosting tu mana yang patut.. kawasan kritikal.. sbaiknya kalo dah dapat emel amaran awal tusnami bandwith tu elok laa pi check dalam control panel tu… tak gitu…?

Posted by abdfatah
April 1, 2008

Betul gak tu yea abd fatah :) ..hoho…pernah ke dapat bandwitch limited??blog bro pun apa kurangnye yea..??ermmm…hehe…tapi okay gak kalau letak mp3 atau video..leh gak buang boring yea kan??

Posted by dauz
April 1, 2008

1st of all, ang kena tau apa beza bandwidth ngan hosting. Diorg ni mmg xde kaitan dan persamaan langsung. Apa yg abdfatah citer tu adalah berkenaan hosting.

Dauz, bandwidth ni anggap saja ” berapa lebar jalan” . 5Gb bandwidth mungkin jalan kg, 10 Gb jalan raya, 20Gb jalan bandar dan 30 Gb lebuh raya. Jalan mana yg paling banyak boleh menampung kereta? tentulah jalan lebuh raya.

Anggap saja kereta sebagai “pelawat blog”

Kalau kita tgk biasanya hari raya, jln bandar pun boleh jem. Lebuh raya plak jem time org balik kerja atau musim perayaan. Begitu byk kereta yg melalui jalan tu sehingga melebihi had / kelebaran jalan raya (bandwidth).

Bandwidth ni di set oleh provider hosting bg setiap bulan bergantung saiz hosting masa kita beli. Kalau hosting 5Gb dan bandwidth plak 30Gb, bandwidth hanya boleh di guna sehingga 30Gb jer lah…tapi akan di reset kepada 0 semula pada 1 hbln berikutnya.

Tak sama ngan hosting, kalau hang beli 5Gb dan 1 bulan dah abis guna, bulan berikutnya dia takkan di tambah secara automatik atau di reset kpd 0 semula, TAPI kena tambah hosting la….

So, saranan abdfatah supaya jgn letak mp3 byk2 kat blog xde kena mengena pun. Bagus apa kalau dpt pelawat ramai…boleh letak iklan dan sebagainya. Contohnya sbg ‘pintu’ untuk blog adsense.

penggunaan bandwidth tinggi = pelawat tinggi :)

Posted by Din Beramboi
April 1, 2008

hok alolaaa takder kena mengena pulok…?

keh keh keh… dah ada pembetulan. takper laa silap penerangan dah tentunya ada pembetulan agar dapat penjelasan yang lebih jelas…

Posted by abdfatah
April 1, 2008

Hehe..mcm tu la abdfatah, ikut pemahaman aku. Sebab tu blog aku ni boleh on balik sebab hari ni 1 hbln April. Pukul 12 malam tadi provider set kepada 0 balik bandwidth. Harapnya sempat utk bulan ni 30Gb…

Posted by Din Beramboi
April 1, 2008

Bagus untuk penjelasan…aku anggap je bandwitch tu macam saluran paip air :)
Kalau bandwitch tu sesak sama cam paip air yang tersumbat akibat menampung banyak air.. hehe..aku faham sebenarnya…

hosting senang cerita macam kapasiti ‘pendrive’ dalam erti kata yang kasar :)
Tapi apapun penjelasan din dah lengkap :)

Posted by dauz
April 1, 2008

hahaha… memang gitu laa namanya. kena set semula setiap hari bulan…

p/s :eh eh eh aposal komen din hilang tetiba dari ruang komen blog saya haaa…? apa yang tak kena… komen terbaru hilang… pelik bin ajaib.

Posted by abdfatah
April 1, 2008

Abd Fatah,komen din tu masuk spam karma kot??ermm…check betul2 bro ;) …Mana plak bro din menghilang nie??:P

Posted by dauz
April 1, 2008

Ha’ah, ada komen kat blog ang tadi abdfatah, apesal hilang aaa? Cuba tengok k. :)

Posted by Din Beramboi
April 1, 2008

hilang terus daa… takper laa kalo buat hal lagi kena pakai protect laa pulok…

Posted by abdfatah
April 1, 2008

wow…makin hebat blog kau yerkk…

Posted by shahraduan
April 1, 2008

hehe..blog ok. site mp3 tu yang gempak giler tu. Hehe. PR mp3 dengan PR blog ko berapa din?

Posted by titan
April 1, 2008

Titan, kalau ikut http://www.rankwidget.com, PR utk blog mp3 sama ngan blog ni. Ntah betul ke tidak..aku paste kat sini:

Free MP3 Music Download
The Google PageRank is : 02

Panduan Buat Duit Untuk Mahasiswa - Buat Duit di Internet | Tips Perniagaan Internet | Tips Google Adsense
The Google PageRank is : 02

ko check kat sini : http://www.rankwidget.com

Posted by Din Beramboi
April 2, 2008

hoho baru aku tau nape x leh masuk blog din beramboi nie… sbb exceed bandwith penyer… ramai gler visitor kat blog hang nie yer

Posted by Rafhz
April 2, 2008

Owh…okey…nampak gayanya blog mp3 or video memang mendapat traffic yang tinggi kerana lumrah alam manusia menggemarkan mencari hiburan :) kan??

Posted by dauz
April 4, 2008

hoho..oklah tu. ada PR. Blog aku jatuh PR dia. Hampeh tul..

Posted by titan
April 4, 2008

Tapi blog ko selalu dpt pelawat baru…mesti naik lagi tu. Hehe…hari ni dpt fauzi plak kat blog ko. Bagus aaa tu bro..

Posted by Din Beramboi
April 9, 2008

salam…

wah baru terjumpa la blog ni… best2 apa yg aku dpt ilmu utk ari ni….
bykkkkkk lagi yg aku kena blajo…

Posted by samdaddycool
May 2, 2008

Din aku da beli hosting tapi x tau nak install wordpress dalam hosting..

Boleh tolong tunjuk ajar x?

aku da tanye dauz gak..

Baru 3 bln wat blog pastu nak ade host and domain sendiri camni la jd nyer.. :(

Tolong yer din..

Lau boleh nak dapatkan ym din or dauz..

Posted by nasrun
May 3, 2008

Ya, aku dah dpt email ko Nasrun. Tapi ko bagi email salah..camana aku nak reply kat ko..huhu. Aku tulis panjang2, pastu xleh nak send..adui la. Bg email yg betul ok..ape2 hal, guna contact form jer. Kang aku reply.

Posted by Din Beramboi
May 3, 2008

ok din..dia dah dapat tu kan…gud luck for blogging yea bro…mula2 tu memang rasa semua susah tu hehe

Posted by dauz
June 17, 2008

fuyooo… :)

Posted by azmi
June 24, 2008

biasa laaa kalo femes dan popular seluruh dunia…. traffik laju… income pun laju jugak… hehehheee

Posted by abdfatah
June 24, 2008

laju… laju… laju… ape benda yg korng nak slow? aa… :D

Posted by Rafhz
June 25, 2008

laju sehingga ke menara gading… jangan laju dekat traffiklight dah laaa…

Posted by abdfatah
July 27, 2008

Memang gempak blog ni, kalu nak banding dengan traffic blog aku..jauh bedanya..

Posted by mohdhafifi
August 20, 2008

wow sampai 100k in cukup hebat.

Posted by Ruvist
August 20, 2008

ni komen yg mula2 aku buat masa masuk blog ni..

Posted by samdaddycool
August 20, 2008

Hahaha…yer ke Sam? Terima kasih sebab melawat blog aku..hehe. 1st time komen tu..sekarang dah x terbilang komen ko tek… :D

Posted by Din Beramboi
Leave a comment

(required)

(required)