Ticker
Initializing...

Jemputan Perkahwinan

Author: Din Beramboi - Category: Uncategorized - Date published: October 17, 2009

kahwin

Untuk melihat peta lokasi perkahwinan kami, boleh rujuk dengan klik di sini.

Sebarang masalah atau  jika tersesat jalan, boleh contact : 06-4582571

Vemma: Jemputan ke Rumah Terbuka Vemma

Author: Din Beramboi - Category: Aktiviti Vemma - Date published: October 9, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semua ahli Vemma VSomebody di jemput untuk menghadiri jamuan rumah terbuka Vemma di HQ pada esok hari (Sabtu, 10/10/09).

Peluang sebegini tidak harus dilepaskan kerana ianya bagi meraikan kita semua. Di kesempatan ini, bolehlah berkenal-kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli di Vemma.

vemma

Pelbagai juadah raya akan dihidangkan dan pelbagai aktiviti juga akan diadakan. Anda digalakkan untuk membawa family bersama termasuk anak-anak kecil, jiran, kawan dan semua.

Antara aktiviti yang akan diadakan:

# Vemma Idol – Berkaroake

# Kids singing competition

# Dressing raya paling cun

# 5 lucky draw

# Door gift kepada 250 orang yang datang paling awal

# Buffet

Dan sebagainya…

Ingat, datang esok dengan memakai baju raya anda.

Maklumat details:

Tarikh : 10/10/09 (Sabtu)

Masa : 3PM – 7PM

Tempat : 21-2, Block D, Bangunan Jaya One, 72-A, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya. Selangor.

Jumpa anda di sana…

VSomebody Kembali Untuk Gegarkan Vemma Malaysia !

Author: Din Beramboi - Category: Aktiviti VSomebody Group, Uncategorized - Date published: October 6, 2009

Assalamulaiakum dan salam sejahtera…

Hari ini, hari Rabu 6 Okt 2009. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya kepada anda semua. Masih di bulan Syawal kan… :D Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua.

Wahh..lama betul saya tidak update blog ini dan agak lama juga saya tidak online bersama ahli-ahli group Vemma saya, VSomebody. Hampir 2 minggu. Saya ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan dan sekarang, saya baru sahaja kembali ke Klang (untuk pengetahuan anda, saya sudah berpindah ke Klang dari Shah Alam sebelum ini) untuk meneruskan Bisnes Vemma saya.

Apa masalah yang membuatkan saya tak dapat online sejak akhir-akhir ini? – kereta kesayangan saya buat hal. Mungkin post pada kali ini, banyak yang saya ceritakan berkaitan hal peribadi saya.

Dua hari sebelum raya, saya sudahpun balik kampung. Kampung saya di Rantau Panjang, Kelantan. Ada masa boleh datang ok… :D Masa balik tu, kereta masih normal. Seperti biasa juga, setiap kereta  saya akan potong. Tetapi ada juga yang lebih laju daripada saya.. hehe. Sampai di Gua Musang, sempat bergambar kejap masa berhenti di Masjid Gua Musang. :D

vemma-malaysia

vemma-car

Saya sampai ke kampung dengan selamat. Masa beraya pun kereta masih tak buat hal. Pada hari raya ke-6, saya bersama keluarga bertolak ke Negeri Sembilan kerana ada hal penting. Sampai jer di Gua Musang, kereta saya over heat. Adusss…Nasib baik tak meletup. :D

Masa tu baru jam 5PM. Saya hubungi sepupu saya (saya ada sepupu yang tinggal di Gua Musang) dan pukul 11.30 PM baru dia sampai. Katanya, kereta dia rosak di tepi jalan juga..ampehh.. Kereta saya tu, kami tunda dulu ke rumah sepupu. Nak cari bengkel sekarang, semuanya dah tutup.

Kami perlu sampai juga ke Negeri Sembilan pada esok hari. Kami cari kereta sewa dan berjaya…pukul 12 malam baru bertolak ke sana.

Hari Sabtu di Negeri Sembilan, hari Ahad kami ke Pahang pula (Temerloh) untuk beraya di rumah mak saudara. Hari Isnin, sampai kembali ke Gua Musang untuk bawa kereta ke bengkel. Bengkel kata kereta saya boleh siap pada hari Jumaat. Selepas hantar kereta ke bengkel (bengkel di Kuala Krai), saya cari tiket bas untuk balik Shah Alam (masa tu masih tinggal di Shah Alam) tapi tiket bas habis. Saya beli tiket pada hari Selasa dan naik bas pada malamnya. Sampai di Shah Alam pada pagi Rabu. Penat seyy…

Pada hari Rabu dan Khamis, saya masih tak dapat online kerana sibuk dengan urusan nak pindah rumah. Sibuk angkat barang dan sebagainya. Pada hari Khamis, saya dihubungi tuan punya bengkel menyatakan kereta saya boleh siap pada hari Jumaat. Wahh..hati dah seronot. :D

Pada malam Jumaat, saya naik bas ke Kuala Krai. Hari Sabtu saya sampai ke sana dan kereta saya belum siap. Rupa-rupanya tuan punya bengkel ke Negeri Sembilan sempena penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang. Dia memang penyokong fanatik PAS. Hermm..Bila hubungi dia, dia kata boleh siap pada hari Isnin pula. sedih den.. Sementara menunggu kereta yang belum siap, saya tinggal di rumah kakak saya di Kuala Krai. Nasib baik ada kakak..

Semalam, (Isnin) kereta saya betul-betul sudah siap. Saya ambil di bengkel jam 1PM dan di charge sebanyak RM834. Jam 3PM saya bertolak ke Klang dan malam tadi, jam 10.30PM saya baru sampai di sini. Alhamdulillah sampai dengan selamat. :D

Total cuti/ tak online = Sebelum raya 2 hari, cuti raya 6 hari, Negeri Sembilan 1 hari, Pahang 1 hari, pindah rumah 3 hari, tunggu kereta siap 4 hari.

Total cuti/ tak online = 17 hari

Maafkan saya jika sepanjang tempoh itu, anda ada menghubungi saya melalui email. Saya tidak dapat reply email anda. Sekarang, saya akan mula membantu anda kembali… :D